happy new year!!
wahh..tak sangka cepat sungguh masa berlalu. sekarang dah pun masuk tahun baharu.
hurm..kalau dah tahun baharu mestilah punya azam yang baharu juga kan? tapi macam mana dengan azam tahun sebelumnya? dah tertunai ke atau abaikan saja niat tu?
biasanya, di awal-awal tahun semuanya beria-bia dan semangat berkobar-kobar. dan kebanyakkan orang bila dah pertengahan tahun mula malas dan biarkan saja niat dihati tu. betul tak?
bagi yang berjaya mencapai azam tahun lepas, saya ucapkan syabas kepada anda. diatas usaha teguh anda itu lah yang telah membawa kejayaan kepada anda sendiri. saya tumpang gembira. yay!! *clap
hurmm, tahun lepas saya tidak membuat sebarang azam yang ingin dicapai. tetepi tahun ini saya sangat berharap agar saya dapat apa yang diinginkan tu. banyak tau azam-azam saya.heheh :)
senarai azam saya:
1) kenaikan pangkat
wahh..ini paling penting tau. saya mahu jadi seorang manager yang bagus. tahun lepas saya tak lulus dalam sesi interview.ouchh, sangat mengecewakan saya kerana setelah sekian lama saya ingin buktikan kepada orang lain yang saya juga mampu memegang jawatan besar walaupun tak berpendidikan tinggi seperti orang lain.huhu..ini demi masa depan saya juga..
2) lesen kereta
hahaha..siapa sangka, pada usia 23 tahun saya masih belum punya lesen kereta. pegang stering pun tak pandai.hehe..
3) kereta
ini 1 lagi kepentingan bagi saya. hurmm, dah tak larat menunggu bas untuk ke tempat kerja setiap hari. tak pun keluar jalan-jalan menaiki kenderaan awam. harapkan motosikal cabuk cik Aj Danial tu sampai bila. lagi pun, dapat juga berteduh dari hujan dan panas.
4) simpanan wang
haaa..yang ini memang saya tak ada langsung.asyik shopping makan shopping makan je. simpanan tuk masa tua harapkan KWSP je. nasib tahun ni saya dah buat ASB. tapi saya tetap perlu menyimpan. kalau tak mana nak dapat beli kereta takda duit downpayment ya dak?
semoga saya berjaya dapat semua tu. korang pun doakan lah saya ye..dan saya pun doakan kejayaan korang juga. heheh..terima kasih. :)