Girly Graphics

Monday, January 30, 2012

CONCERT TICKETS

yeaaahhhh!! finally i got the ticket to the black star tour AVRIL LAVIGNE in Malaysia on this coming 18th February 2012.. this is ma first time evah to the very famous star in the whole world concert! lalala

akak tak saba' nak pi nengok si Avril dok nyanyi-nyanyi live ni. sedari kecik lagi memang akak minat bebeno ngan dia ni.hampir semua lagu dia akak hafal tao?! cubo donga lagu blog akak ni pun lagu Avril jugak. bak kata orang die-hardfan ye dok? hahah

semalam pas habis je kerja petang tu aku ngan Aj terus pergi ke Mid-Valley naik komuter dengan bersesak-sesak ngan orang ramai kat dalam tren tu. malas pulak nak bawak moto time hujan-hujan ni kata encik Aj.

sesampai je kat Mid-Valley kami da terpusing-pusing pulak cari Rock Corner tempat jual tiket tu. bukan tak pernah pergi tapi lupa la tingkat berapa. lagi pun da lama sangat kami tak berjalan kat Mid-Valley tu.huhu..
whoaaa..hati manyak suka bila tiket da beli. jangan jeless..kau hadoo?? hahahaha*gelak setan
kami beli yang regular je.bukan tak mampu nak beli tiket yang tunetalk zone okeyy..tapi kami ingat tak mao la berdiri sesak-sesak ngan orang ramai.dah la kami ni pendek orangnya.sekali orang depan-depan kami semua tinggi macam mana? langsung tak nampak apa jugak kan? nanti dapat bau ketiak adalah..kahkkahkah

alhamdulillah, atleast dapat juga beli yang early bird.discount before 31st Jan ni.jimat sikit duit aku ni walau dapat bonus melambung-lambung.huhu

Friday, January 27, 2012

~~Kenali Wanita~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
saya anak pertama dan diketogorikan WANITA BERUNSUR TANAH. semua yg terkandung adalah betul. kowang pulak diketogori apa?? :)

Tuesday, January 10, 2012

TGI FRiDAYS

hey oulls..1 week ago, aku cuti and keluar jalan-jalan.biasalah, kalau cuti mestilah keluar jalan-jalan .asyik terperap kat rumah boringlah. aku and encik Aj ingat nak hangout ngan kawan kami cik Orix and cik Fariza.last, dapat tahu cik Orix kena kerja pulak. hmmm, sudahnya aku and Aj keluar berdua saja jalan-jalan kat Pavillion..like what im said before window shopping aje kan, kan, kan??? hahaha..tapi duit tetap habis dekat makan.lalalalala

dah jalan-jalan tu mesti lah rasa lapar and sangat haus. tapi kami tak tahu nak pergi makan kat mana kt dalam Pavillion tu. owh, sorry, kami tak layan McD or KFC okey, muak..a'ah..jauh sekali lah FOOD COURT nuu. heheh.. kami bukannya demand, tapi memang da jadi kebiasaan kami nak buat macam mana ye dak? tak bole salahkan ibu mengandung..no, no, no..

sudahnya kami memilih untuk makan ke TGI FRiDAYS je.wee~ sonok sanatt..*sebenarnya aku tak pernah masuk cinun.heheh :) dah lama Aj nak bawa aku makan kt situ.kat restaurant yang penah dia kerja.

sampai saja kat sana, ada sorang minat cun tunjuk kan tempat tuk kami melabuhkan bontot nih.then, datang pulak sorang lelaki kulit hitam amik order and melayan kerenah kami. alamakkk..aku blur. mau minum apa nih???aku serahkan semua pada encik Aj yang lebih mahir.

tak sampai 5 minit, hidangan appertizer datang. wahhh..sedap-sedap

                                                                 FRIED MOZARELLA         
                                     da habis..rasa macam nak jilat je pinggan tu sampai licin.hehe

 then, minuman pulak sampai.. niii diaaaa
 
                                                                LADY LYNCHBURG
                                                                 minuman encik Aj

                                                        MANGO-BERRY MARGARITA
                                                             saya punya...sluurrrppp!!
     
*p/s : anda tidak digalakkan minum minuman di atas kerana mengandungi sedikit alkohol. jangan tiru kami. :)

okey, steak yang kami tunggu pun dah sampai..taraaaa


                                                       TENNESSE STRIP & SHRIMP
                                                         waaahh..sedap sanat-sanat!!

                                                                      GRILL LAMB
                                             saya sangat suka makan lamb.yummy-yummy!!

beberapa minit kemudian..

heyyy..what's wrong with you Aj???? you couldn't finished?
then, "kenapa pula sama kau Saodah?" *cakap slang ibu mertua ku

                                                     macam orang mabok tody.kahkahkah..

selang beberapa puluh minit kemudian..

yay!! kami berjaya menghabiskan makanan tu. memang agak susah nak menghabiskan semua sebab dah terlampau kenyang.steak tu dah la tebal tak macam yang jual kat kedai-kedai western food biasa.
 
da penat duduk-duduk lepak sekejap last kami minta bill. and the total price is..


sangat berbaloi-baloi!! lain kali aku nak datang makan sini lagi. kalau boleh tiap-tiap minggu pun tak apa. rabak la poket aku..*bak kata Aj.hahahahaha

p/s : bagi umat islam yang ingin makan makanan halal tanpa waspada sila bertanya lebih lanjut kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut bagi mengelakkan anda memakan makanan yang tidak diingini.

Monday, January 2, 2012

make up

perempuan dan make up atau persolekan dlm bahasa melayu bakunya tak dapat dipisahkan. kecantikan seseorang perempuan dari luaran itu hasilnya juga daripada solekan yang menawan. siapa cakap tak ada perempuan yang tak pernah bersolek? bila dia ingin berkahwin nanti tetap akan di 'make up' kan jugak. betul tak?

aku sebagai seorang perempuan sangat mencintai make up. lebih lagi bila dapat tampal n tonyoh kan macam-macam kaler kat mata ni.heheh..tapi aku sangat jarang bermake up sebab aku bukan seorang yang sangat rajin tuk cuci muka. tambah pula kulit aku sesangat la sensitip. nanti bangun je dari tido esok pagi bertambah tambah la jerawat kat muka aku yang da memang tak cun  ni. huhu..

tapi kalau cuti atau nak kemana mana mesti la aku calit muka aku dengan alat solek tu. macam hari ni, nak keluar jalan jalan sambil window shopping. window shopping sahaja okey. ingat AZAM kau ye cik Pai. simpan duit..wee~

                                             kaler peberet saya masih hijau..korang pulak???

Sunday, January 1, 2012

AZAM

happy new year!! 

wahh..tak sangka cepat sungguh masa berlalu. sekarang dah pun masuk tahun baharu.
hurm..kalau dah tahun baharu mestilah punya azam yang baharu juga kan? tapi macam mana dengan azam tahun sebelumnya? dah tertunai ke atau abaikan saja niat tu?
biasanya, di awal-awal tahun semuanya beria-bia dan semangat berkobar-kobar. dan kebanyakkan orang bila dah pertengahan tahun mula malas dan biarkan saja niat dihati tu. betul tak?
bagi yang berjaya mencapai azam tahun lepas, saya ucapkan syabas kepada anda. diatas usaha teguh anda itu lah yang telah membawa kejayaan kepada anda sendiri. saya tumpang gembira. yay!! *clap

hurmm, tahun lepas saya tidak membuat sebarang azam yang ingin dicapai. tetepi tahun ini saya sangat berharap agar saya dapat apa yang diinginkan tu. banyak tau azam-azam saya.heheh :)

senarai azam saya:

1) kenaikan pangkat
wahh..ini paling penting tau. saya mahu jadi seorang manager yang bagus. tahun lepas saya tak lulus dalam sesi interview.ouchh, sangat mengecewakan saya kerana setelah sekian lama saya ingin buktikan kepada orang lain yang saya juga mampu memegang jawatan besar walaupun tak berpendidikan tinggi seperti orang lain.huhu..ini demi masa depan saya juga..

2) lesen kereta
hahaha..siapa sangka, pada usia 23 tahun saya masih belum punya lesen kereta. pegang stering pun tak pandai.hehe..

3) kereta
ini 1 lagi kepentingan bagi saya. hurmm, dah tak larat menunggu bas untuk ke tempat kerja setiap hari. tak pun keluar jalan-jalan menaiki kenderaan awam. harapkan motosikal cabuk cik Aj Danial tu sampai bila. lagi pun, dapat juga berteduh dari hujan dan panas.

4) simpanan wang
haaa..yang ini memang saya tak ada langsung.asyik shopping makan shopping makan je. simpanan tuk masa tua harapkan KWSP je. nasib tahun ni saya dah buat ASB. tapi saya tetap perlu menyimpan. kalau tak mana nak dapat beli kereta takda duit downpayment ya dak?

semoga saya berjaya dapat semua tu. korang pun doakan lah saya ye..dan saya pun doakan kejayaan korang juga. heheh..terima kasih. :)