Girly Graphics

Monday, April 30, 2012

heading to MALACCA

yay!! finally cik Aj Danial and me sampai juga ke Melaka.wohoo!
memang banyak juga halangan nak ke sana tu.pada mulanya, plan nak pergi time my birthday 12th April lepas.nk celebrate kat sana ngan cik Nisha, Ath and Fifiey.tapi tiba-tiba cancel coz cuti saya tidak diluluskan.hampa ketika itu.okeyy, tak pelah.mungkin bukan rezeki aku.

sekali lagi cuti aku sepatutnya pada 22th and 23th terpaksa lagi ditangguhkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.demi tugas aku relakan saja.alhamdullih, cuti aku telah digantikan pada 23th and 24th April pula.tapiii..yang tak sedapnya, duit pun dah tak de.hmm, Cik Nisha and Fifiey pula ada hal.nampaknya hanya aku dan Aj sahaja lah menghabiskan  masa bersama.

seawal pukul 7 pagi lagi kami bertolak ke Melaka dengan Aj yang tak tidur satu malam pun.
pukul 10 pagi akhirnya kami sampai ke Kota Bandaraya Bersejarah itu.wahhh!! bestnya.








sorry yea, gamba cik Aj tak de dlm entry kali ni..bukan apa hampir kebanyakan gamba beliau buat muka penat, letih, lapar, mengantuk dan sebagainya.aku tak salahkan dia kerana aku yang heret dia ke situ.haha

ingat nak pergi ke A-Famosa resort pada sebelah malam tu.teringin benar aku nak masuk Cowboy Town.tapi memandangkan kewangan tidak mengizinkan, lalu aku dan Aj membatalkan saja niat di hati tu. lain kali kita pergi eyh sayang..janji Aj pada aku.huh! satu hari nanti pasti ku tuntut!
hahahahaha.. *gelak setan

sementelah aku dan Aj bercuti 2 hari, malas pula nak balik ke KL. malam tu kami penginap di sebuah hotel.penat juga berpusing-pusing di sekitar bandar nak cari hotel yang sesuai untuk menginap ni.banyak betul tempat menginap kat Melaka ni kan? rumah tumpangan ada di merata-rata.tempat.

malam tu, aku, Aj dan ditemani Ath makan di restaurant Asam Pedas Claypot di jalan Laksmana.waahh, terangkat betul asam pedas Melaka kan. sampaikan 3 kali Aj makan asam pedas ikan pari selama kami di sana.terima kasih pada Ath coz sudi belanja kami makan.heheh =)

keesokannya, selepas check-out, kami terus bergegas balik ke Kajang. Aj perlu mengejar temu janji dia di Puchong pula.setelah semua urusan selesai, kami yang ditemani cik Jack pula merancang ke I-City. aku sangat excited coz tak pernah ke sana walaupun penat di badan tak hilang lagi.



tapi agak mengecewakan, aku sangkakan tempat tu sangat menarik untuk dilawati pelancong. nyata sungguh berbeza dari sangkaan ku.apa pun aku tetap enjoy.lari sebentar dari kekangan kerja.huhu

kbai.